Thursday, January 9, 2014

KESESAKAN or 'CONGESTION' ?

Apa yang kita tahu kesesakan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna jalanraya. Masalah ini sering sahaja berlaku di kawasan pusat bandar, pusat perniagaan utama, malahan juga lebuhraya dan juga jalan-jalan persekutuan. Ia berlaku pada waktu-waktu tertentu yang mana merupakan waktu puncak pengguna memulakan atau selesaikan suatu aktivit atau perkhidmatan, dan ada juga ketika waktu musim-musim perayaan.

Berdasarkan petikan surat khabar Sinar Harian menyatakan;

Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.
“Lebih 79 peratus penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala lapan peratus bergantung kepada pengangkutan awam.
“Sebelas peratus lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta,” katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di sini, Rabu.


Masalah kesesakan di kawasan bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur 
yang semakin meruncing

FAKTOR SESAK ??

Penggunaan kenderaan persendirian yang semakin meningkat
- kemasukan bilangan kenderaan persendirian dari luar ke pusat bandar dalam suatu masa
-Tiada kesedaran pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam dan langkah-langkah mengatasi 
  kesesakan.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak efisien
- Kos dan tambang yang disediakan tidak memuaskan pengguna 
- laluan bas yang tidak menyeluruh di kawasan-kawasan tertentu menyebabkan pengguna 
  mengambil inisiatif untuk mengguna kenderaan sendiri
- Perilaku pemandu yang tidak berhemah kepada pengguna
- kelewatan ke destinasi yang dituju disebabkan ketidakseragaman jadual perjalanan bas

Tiada penyediaan laluan alternatif 
- laluan hanya berpusat di jalan yang menghala ke pusat bandar sahaja
- Tiada cadangan pembinaan laluan alternatif yang mana berfungsi ketika waktu puncak

CARA MENGATASI SESAK ??

  • Penggunaan kenderaan secara berkongsi 
  • Peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kemudahan yang selesa seperti laluan pejalan kaki berbumbung, ruang menunggu dan turun penumpang, Tambang dan masa perjalanan yang seragam.
  • Cadangan laluan alternatif kenderaan dari luar bandar ke pusat bandar dan kurangkan isipadu laluintas dalam pusat bandar, 




No comments:

Post a Comment