Thursday, January 9, 2014

Infrastruktur Hijau

Dalam pembangunan era modenisasi,amatlah diperlukan pembentukan infrastruktur hijau yang seharusnya dipraktikkan untuk keseimbangan pembangunan dan kenikmatan alam hijau yang mampu dirasai oleh kehidupan generasi akan datang.

Infrastruktur hijau dikaitkan dengan hubungan ruang-ruang hijau dengan lain-lain elemen persekitaran yang dipelihara berfungsi sebagai ekosistem semulajadi dan memberikan faedah kepada manusia ( Rujukan : Infrastructure Technology dan diadaptasi oleh Ed McMzhon & Mark Benedict )

Konsep Infrastruktur Hijau

Merujuk pada semulajadi dan sistem-sistem ekologi yang bertindak sebagai infrastruktur kehidupan, keseragaman tumbuhan semulajadi dan tanaman, tanah-tanih kepada infrastruktur komuniti melalui pelbagai teknik, pendekatan, teknologi dan amalan.

Komponen-komponen : 

HUB
-Terdiri daripada blok-blok kawasan yang besar yang semulajadi dan mempunyai rangkaian dalam jarak yang jauh.
- Menyediakan ruang untuk tumbuhan asli dan sebilangan komuniti haiwan, manusia, air, nutrien dan tenaga yang berfungsi dalam suatu sistem

KORIDOR
- Menghubungkan hub- hub di antara satu sama lain dan menyediakan laluan untuk pergerakan, untuk tumbuhan, haiwan, air dan nutrien.
- Mengurangkan kesan-kesan perpecahan habitat dan tingkatkan kekuatan keseluruhan sistem-sistem semulajadi daripada gangguan manusia.


Sistem koridor dan hub yang saling berhubungan

Faktor utama konsep
  • Menghubungkan taman-taman dengan orang ramai
  • menghubungkan kawasan semulajadi untuk pelihara biodiversiti
  • mengenalpasti dan mengawal hubungan sistem kawasan terbuka untuk kepentingan hidupan liar dan pastikan mampan untuk masa hadapan

Jenis-Jenis Infrastruktur Hijau
  • Bumbung Hijau
-Bahagian bumbung bangunan yang dilitupi dengan tumbuhan hijau, pokok-pokok renek samada sebahagian  atau keseluruhan ruang bumbung.
- Proses penyejatan air berlaku apabila pendedahan tumbuhan terhadap sinaran matahari dan laluan udara.  tumbuhan hasilkan lembapan pada bangunan.
-Membantu dalam pengurusan saliran atas bumbung apabila musim hujan
-Jimatkan tenaga yang mana boleh kurangkan pencemaran persekitaran bandar seperti haba, penipisan  lapisan ozon dan lainnya.


  • Permukaan Laluan pejalan kaki Berongga / telap air
- Membenarkan laluan air hujan menyerap melaluinya di mana diserap oleh tanah yang berada di bawah permukaan laluan
- Mengurangkan masalah banjir dan juga perparitan di kawasan bandar, komersial, institusi awam dan perumahan.
- Mewujudkan estetika pada suatu kawasan.


  • Ruang permukaan tumbuhan

- Terdapat ruang permukaan yang mengandungi tumbuhan kering, rerumput, tumbuhan hidro
- Merupakan ruang berbentuk lengkungan yang terdapat pada sisi cerun yang mengandungi tumbuhan             semulajadi
- Direkabentuk untuk menggalakkan penyerapan, kurangkan halaju aliran air ke kawasan saliran
-Menyerap pencemaran daripada kenderaan ( udara )
- Terdapat dari semulajadi dan buatan , dan kebiasaanya di kawasan tempat letak kenderaan terbuka dan lauan pejalan kaki.



KESESAKAN or 'CONGESTION' ?

Apa yang kita tahu kesesakan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna jalanraya. Masalah ini sering sahaja berlaku di kawasan pusat bandar, pusat perniagaan utama, malahan juga lebuhraya dan juga jalan-jalan persekutuan. Ia berlaku pada waktu-waktu tertentu yang mana merupakan waktu puncak pengguna memulakan atau selesaikan suatu aktivit atau perkhidmatan, dan ada juga ketika waktu musim-musim perayaan.

Berdasarkan petikan surat khabar Sinar Harian menyatakan;

Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.
“Lebih 79 peratus penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala lapan peratus bergantung kepada pengangkutan awam.
“Sebelas peratus lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta,” katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di sini, Rabu.


Masalah kesesakan di kawasan bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur 
yang semakin meruncing

FAKTOR SESAK ??

Penggunaan kenderaan persendirian yang semakin meningkat
- kemasukan bilangan kenderaan persendirian dari luar ke pusat bandar dalam suatu masa
-Tiada kesedaran pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam dan langkah-langkah mengatasi 
  kesesakan.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak efisien
- Kos dan tambang yang disediakan tidak memuaskan pengguna 
- laluan bas yang tidak menyeluruh di kawasan-kawasan tertentu menyebabkan pengguna 
  mengambil inisiatif untuk mengguna kenderaan sendiri
- Perilaku pemandu yang tidak berhemah kepada pengguna
- kelewatan ke destinasi yang dituju disebabkan ketidakseragaman jadual perjalanan bas

Tiada penyediaan laluan alternatif 
- laluan hanya berpusat di jalan yang menghala ke pusat bandar sahaja
- Tiada cadangan pembinaan laluan alternatif yang mana berfungsi ketika waktu puncak

CARA MENGATASI SESAK ??

  • Penggunaan kenderaan secara berkongsi 
  • Peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kemudahan yang selesa seperti laluan pejalan kaki berbumbung, ruang menunggu dan turun penumpang, Tambang dan masa perjalanan yang seragam.
  • Cadangan laluan alternatif kenderaan dari luar bandar ke pusat bandar dan kurangkan isipadu laluintas dalam pusat bandar, 




Thursday, December 26, 2013

LANDSLIDES

Fenomena kejadian tanah runtuh boleh berlaku samada secara semulajadi atau perbuatan manusia. Secara definisinya,  Tanah runtuh atau gelinciran tanah adalah satu fenomena geologi yang merupakan pergerakan tanah, seperti gelinciran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur yang boleh berlaku dalam persekitaran luar pesisir, pantai dan daratan. ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar, manusia, dan haiwan seperti kerosakan alam, kematian atau kehilangan nyawa.

Tragedi Tanah Runtuh, Bukit Antarabangsa, Ampang




Faktor berlakunya tanah runtuh;

Kegagalan cerun disebabkan penurunan air hujan yang berkala menyebabkan struktur tanah tidak stabil dan mengorbankan puluhan nyawa penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

 Cara Mengatasi

  • Pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta hujan lebat . Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil. 
  • Sistem perparitan yang terancang penting bagi membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang, sungai dan laut . Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan kecuali apabila  berlakunya banjir . Keadaan ini secara langsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh . Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit . Sistem perparitan yang terancang juga dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit . 
  • Tanaman di lereng bukit juga dapat mengukuhkan struktur tanah seperti di negara luar, menggalakkan penanaman padi di lerengan bukit yang dapat mengekalkan struktur semulajadi tanah.
  • Pembangunan perlu berada pada tahap darjah kecerunan yang sesuai dan mengikut piawaian pembangunan kawasan tanah tinggi yang telah ditetapkan.Terdapat beberapa darjah kecerunan yang boleh dibangunkan apa-apa pembangunan dan yang melarang apa-apa pembangunan dilakukan keatasnya.

Zon penampan dilakukan yang menjadi sempadan di antara lain-lain komponen pembangunan


Pembangunan yang mengekalkan penanaman tanaman hijau yang membantu menguatkan struktur bangunan dan tanah di sekitarnya.

Tuesday, December 24, 2013

'Street' OR 'Laluan'

' Street' atau lebih dikenali sebagai laluan dikategorikan dalam elemen alam bina yang menyediakan suatu pergerakan atau perjalanan bagi manusia dan benda ke destinasi yang dituju. Ia berfungsi untuk menghubungkan bangunan dengan bangunan yang lain, mewujudkan sosial interaksi antara manusia dan mewujudkan elemen pengangkutan bagi suatu tempat. Contoh laluan, termasuklah denai, laluan pejalan kaki, jalan bandaran, dan lebuhraya.

Bagi kawasan perbandaran, laluan merupakan peranan penting yang perlu direkabentuk dengan ciri-ciri kesesuaian dengan kawasan dan berfungsi kepada pengguna.

Gambarajah ilustrasi 1 :Rekabentuk jalan perlu ada ciri-ciri keselamatan, daya penarik, 
               keselesaan dan berfungsi bagi semua pengguna

Setiap laluan atau jalan yang direkabentuk perlu menilai siapa yang menggunakannya  dan kesan terhadap kumpulan - kumpulan pengguna yang berpotensi menggunakannya. Ia termasuklah :-
  •  Penunggang Motosikal
  •  Pejalan kaki
  •  Pengguna Kenderaan Transit ( Lrt, Bas , Komuter)
  •  Penunggang sikal 
  •  Pengguna yang tinggal atau bekerja dalam suatu kawasan
Gambarajah ilustrasi 2: wujudnya keselesaan dan fungsi laluan pada setiap pengguna ( basikal,         pejalan kaki, lain-lain kenderaan ) di suatu kawasan.


UKURAN ATAU PARAMETER DALAM MEREKABENTUK LALUAN

Dalam perancangan sesuatu laluan perlu ada keperluan yang perlu diambil kira termasuklah ;
  • Berfungsi
  • Kelajuan
  • Kapasiti
  • Rekabentuk dan kawalan kenderaan
  • Jarak penglihatan pengguna kenderaan
  • Keperluan pejalan kaki dan Penunggang sikal
( Boleh dirujuk dengan lebih lanjut pada ' Complete Streets Design Guidelines' )

Thursday, November 7, 2013

CADANGAN KONSEP VACANT SITE, SUNGAI PETANI

Konsep 'Learn And Build Active Lifestyle' dicadangkan untuk pembinaan pusat institusi di tapak cadangan. Konsep utama ini dipadankan dengan cadangan pembangunan 'Sport Boarding School' untuk kegunaan penduduk di sekitar Sungai Petani dan daerah-daerah sekitarnya. Cadangan pembangunan ini diutamakan bagi pelajar di antara 13 tahun - 17 tahun yang aktif dalam kegiatan sukan. Konsep yang digunakan ini juga mempunyai komponen - komponen pembangunan yang akan menyokong terhadap pembangunan institusi pendidikan ini.

Monday, November 4, 2013

VACANT SITE - SUNGAI PETANI, KEDAH

Assalamualaikum, projek kedua pula projek individu. kajian berkaitan juga dengan projek satu. kita perlu cari tapak dalam 5 ekar ke atas. Tapak cadangan seharusnya kosong untuk tujuan pembangunan. kawasan yang dipilih adalah Sungai Petani. Tapak kajian terletak di pinggir bandar Sungai Petani. Ia berhampiran dengan kawasan perumahan Bandar Puteri Jaya. Persekitaran tapak cadangan dirumuskan bahawa ia terdapat kawasan institusi awam dan perumahan.


Sunday, November 3, 2013

ALL SEASONS PLACE

Assalamualaikum, untuk projek pertama bagi studio 300 semester 1 , Projek berkumpulan dan Azyan Amrin adalah groupmate saya :) , Site yang telah dipilih merupakan 'All Seasons Place' yang terletak di Air Itam , Pulau Pinang dan di dalam daerah timur laut Pulau Pinang. Ia merangkumi pembangunan bercampur yang meliputi perumahan dan komersial. Kedudukannya berhampiran kawasan Farlim, Air Itam dan lokasi tapak berhadapan Lebuhraya Thean Teik. Merupakan salah sebuah projek pembangunan di bawah naungan Belleview Group Sdn. Bhd.

Rajah menunjukkan lokasi tapak kajian dan gambar sediada dan model cadangan tapak kajian









'All Seasons Place' merupakan mercu tanda pembangunan dan cadangan pembinaan berasaskan konsep 'seasons' yang terdiri daripada 'summer, spring, winter, autumn'. Namun pembangunannya tidak menepati ciri-ciri konsep yang dicadangkan (Seasons) hanya merujuk pada warna fizikal bangunan kediaman (kondominium) dan tidak pada semua elemen pembangunan tapak.



'A premier lifestyle destination'
Komponen pembangunan digunakan yang mana tapak pembangunan merupakan kawasan komersial yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan hidup dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung dan penduduk sekitar. Jika dilihat daripada rajah diatas jelas menunjukkan elemen pembangunan yang paling utama adalah hanya pada penyediaan kawasan lapang dan landskap.  

'A lasting destination'
Seterusnya, Komponen pembangunan ini pula merujuk kepada penyediaan kemudahan kepada orang ramai. Kemudahan yang disediakan mampu menarik pengunjung dan orang ramai ke kawasan ini. Antaranya, kemudahan tempat letak kenderaan yang menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, Aksessibiliti yang mudahsampai dan kegunaan semua pengguna termasuklah OKU, Taman istirehat orang awam dan kemudahan berprestij bagi penduduk kondominium seperti gymnasium, kolam renang dan lainnya.

Rumusan Kajian : Setiap pemaju perlu menepati cadangan konsep yang digunakan dengan pembangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan. Ia untuk mewujudkan suatu pembangunan yang mengikuti piawaian yang sesuai dan menghasilkan pembangunan yang beridentiti untuk masa hadapan.