Konsep 'Learn And Build Active Lifestyle' dicadangkan untuk pembinaan pusat institusi di tapak cadangan. Konsep utama ini dipadankan dengan cadangan pembangunan 'Sport Boarding School' untuk kegunaan penduduk di sekitar Sungai Petani dan daerah-daerah sekitarnya. Cadangan pembangunan ini diutamakan bagi pelajar di antara 13 tahun - 17 tahun yang aktif dalam kegiatan sukan. Konsep yang digunakan ini juga mempunyai komponen - komponen pembangunan yang akan menyokong terhadap pembangunan institusi pendidikan ini.
GROUPWORK, INDIVIDUAL KAJI SITE, ANALISIS SITE, KONSEP, CERITA PERANCANGAN DAN ISU-ISU KAITAN.
Thursday, November 7, 2013
Monday, November 4, 2013
VACANT SITE - SUNGAI PETANI, KEDAH
Assalamualaikum, projek kedua pula projek individu. kajian berkaitan juga dengan projek satu. kita perlu cari tapak dalam 5 ekar ke atas. Tapak cadangan seharusnya kosong untuk tujuan pembangunan. kawasan yang dipilih adalah Sungai Petani. Tapak kajian terletak di pinggir bandar Sungai Petani. Ia berhampiran dengan kawasan perumahan Bandar Puteri Jaya. Persekitaran tapak cadangan dirumuskan bahawa ia terdapat kawasan institusi awam dan perumahan.
Sunday, November 3, 2013
ALL SEASONS PLACE
Assalamualaikum, untuk projek pertama bagi studio 300 semester 1 , Projek berkumpulan dan Azyan Amrin adalah groupmate saya :) , Site yang telah dipilih merupakan 'All Seasons Place' yang terletak di Air Itam , Pulau Pinang dan di dalam daerah timur laut Pulau Pinang. Ia merangkumi pembangunan bercampur yang meliputi perumahan dan komersial. Kedudukannya berhampiran kawasan Farlim, Air Itam dan lokasi tapak berhadapan Lebuhraya Thean Teik. Merupakan salah sebuah projek pembangunan di bawah naungan Belleview Group Sdn. Bhd.
Rajah menunjukkan lokasi tapak kajian dan gambar sediada dan model cadangan tapak kajian |
'All Seasons Place' merupakan mercu tanda pembangunan dan cadangan pembinaan berasaskan konsep 'seasons' yang terdiri daripada 'summer, spring, winter, autumn'. Namun pembangunannya tidak menepati ciri-ciri konsep yang dicadangkan (Seasons) hanya merujuk pada warna fizikal bangunan kediaman (kondominium) dan tidak pada semua elemen pembangunan tapak.
'A premier lifestyle destination'
Komponen pembangunan digunakan yang mana tapak pembangunan merupakan kawasan komersial yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan hidup dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung dan penduduk sekitar. Jika dilihat daripada rajah diatas jelas menunjukkan elemen pembangunan yang paling utama adalah hanya pada penyediaan kawasan lapang dan landskap.
'A lasting destination'
Seterusnya, Komponen pembangunan ini pula merujuk kepada penyediaan kemudahan kepada orang ramai. Kemudahan yang disediakan mampu menarik pengunjung dan orang ramai ke kawasan ini. Antaranya, kemudahan tempat letak kenderaan yang menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, Aksessibiliti yang mudahsampai dan kegunaan semua pengguna termasuklah OKU, Taman istirehat orang awam dan kemudahan berprestij bagi penduduk kondominium seperti gymnasium, kolam renang dan lainnya.
Rumusan Kajian : Setiap pemaju perlu menepati cadangan konsep yang digunakan dengan pembangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan. Ia untuk mewujudkan suatu pembangunan yang mengikuti piawaian yang sesuai dan menghasilkan pembangunan yang beridentiti untuk masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)